Ford diarah panggil semula tiga juta kenderaan - Utusan Malaysia

Ford diarah panggil semula tiga juta kenderaan

Ford Ranger antara kenderaan keluaran Ford Motor yang diarah dipanggil semula akibat masalah beg udara. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Penguat kuasa keselamatan automotif Amerika Syarikat (AS) mengarahkan Ford Motor Co. untuk memanggil semula tiga juta kenderaan yang dikhuatiri mempunyai beg udara rosak dari Takata.

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) berkata, pihaknya menolak petisyen yang difailkan Ford serta Mazda Motor Corp. yang mana kedua-dua syarikat itu mahu mengelak daripada memanggil semula kenderaan miliknya dengan beg udara yang berkemungkinan berbahaya.

Keputusan tersebut turut memaksa Mazda untuk memang­gil semula dan membaiki beg udara pemandu untuk kira-kira 5,800 kenderaan.

Pemanggilan semula tersebut akan melibatkan pelbagai ken­deraan dari model 2006 sehingga 2012.

Kecacatan yang dibangkitkan secara langka, boleh menyebabkan kejadian inflator beg udara pecah dan melayangkan kepingan besi yang boleh membawa maut terutamanya selepas pendedahan jangka panjang terhadap persekitaran dengan kelembapan tinggi.

Ia telah mengakibatkan pemanggilan semula automotif terbesar dalam sejarah AS melibatkan lebih 67 juta beg udara.

Di seluruh dunia, kira-kira 100 juta beg udara yang dipasang oleh 19 pembuat kenderaan utama telah dipanggil semula.

Menurut NHTSA, bukti-bukti menunjukkan secara jelas bahawa beg udara terlibat mempunyai risiko keselamatan yang signifikan.

Awal bulan ini, agensi keselamatan kenderaan itu berkata, sekurang-kurangnya 17 juta kende­raan dengan beg udara Takata masih belum dibaiki.

Beg udara Takata telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 27 orang di seluruh dunia dan 18 di AS, selain 400 yang lain tercedera.

Reuters melaporkan, tiada komen segera dikeluarkan Ford dan Mazda.

Antara kenderaan yang dipanggil semula ialah Ford Ranger, Fusion, Edge, Lincoln Zephyr/MKZ, Mercury Milan dan kenderaan Lincoln MKX, selain model Siri B Mazda tahun 2007 hingga 2009. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya