FBM KLCI diunjur cecah 1,759 mata 2021 - Utusan Malaysia

FBM KLCI diunjur cecah 1,759 mata 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjur berlegar pada 1,759 mata penghujung tahun ini dengan 2021 dilihat sebagai tahun lebih baik pasaran saham negara.

CGS-CIMB Securities Sdn. Bhd. dalam nota penyelidikan memberitahu, unjuran itu dipacu oleh pemulihan ketara pendapatan korporat sekali gus membuatkan pertambahan jumlah mudah tunai.

Pada masa sama, firma penyelidikan itu berkata, kedudukan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah akan membuatkan minat pelabur asing untuk kembali melabur dalam pasaran berkembang pesat termasuk Malaysia.

CGS-CIMB berkata, ia juga akan meningkatkan pulangan dalam pasaran saham tempatan.

“Kami mengekalkan sasaran KLCI pada penghujung tahun ini pada paras 1,759 mata dengan tiga kaunter iaitu Inari-Amerton Bhd., Public Bank Bhd. dan Telekom Malaysia Bhd. sebagai pilihan utama,” katanya dalam nota penyelidikan semalam.

CGS-CIMB berkata, berdasarkan kepada analisis KLCI, prestasi indeks penanda aras itu dilihat bercampur-campur bulan ini.

Katanya, ia berdasarkan kepada purata pulangan negatif bulan-ke-bulan sebanyak 0.6 peratus sejak lebih 10 tahun lalu dan pulangan positif 1.6 peratus sejak lebih 42 tahun.

Bagi Januari, CGS-CIMB turut memberitahu, pelabur akan memberi tumpuan kepada beberapa peristiwa penting termasuk mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC); mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 20 Januari; mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) 27 Januari dan perkembangan vaksin Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya