Facebook, Twitter gantung akaun Trump - Utusan Malaysia

Facebook, Twitter gantung akaun Trump

Pengendali Twitter menyekat akaun milik Presiden Donald Trump berikutan pelbagai dakwaan dibuatnya berhubung Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat sehingga mencetuskan keganasan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Twitter dan Face­book semalam, menggantung sementara akaun Presiden Do­nald Trump berikutan syarikat teknologi gergasi itu berusaha menolak dakwaan tidak berasas beliau berkenaan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (A.S).

Twitter menutup dan menghapuskan tiga Tweet Trump susulan situasi ganas yang berlaku di Washington, DC.

Kejadian itu berlaku akibat pihak pro Trump menunjuk pe­rasaan dengan menyerbu bangunan Capitol dengan harapan dapat memaksa Kongres menyekat pelantikan Presiden Joe Biden.
Seorang wanita maut dalam insiden rusuhan di bangunan berkenaan.

Facebook turut menghantar tweet bahawa ia akan menyekat akaun Trump selama 24 jam kerana telah melanggar dua peraturan ditetapkan.

Twitter juga ‘menyekat’ akaun Trump selama 12 jam dan memberitahu jika tweetnya tidak dipadamkan, akaun itu akan terus ‘disekat.’

Dalam erti kata mudah, pre­siden itu tidak boleh membuat tweet daripada akaun @realDonaldTrump.

Facebook dan YouTube yang dimiliki oleh Alphabet’s Google, mengeluarkan video Trump yang mendakwa pemilihan presiden baharu itu tidak dilakukan secara telus.

Ketua Instagram, Adam Mosseri dalam satu ciapannya berkata, video itu juga dikeluarkan daripada laman Instagram dan akaun presiden turut ‘disekat’ selama 24 jam

Bagaimanapun, YouTube ti­dak mengambil tindakan segera terhadap akaun Trump.

Syarikat teknologi telah me­nerima tekanan kerana memberi maklumat yang salah kepada polis melalui platform mereka sewaktu Pilihan Raya Presiden AS.

Trump dan penyokongnya terus menyebarkan dakwaan penipuan pilihan raya yang tidak berasas di dalam talian.

Semalam, melalui laman Twitternya, Trump menyalahkan Naib Presiden, Mike Pence kerana tidak menyokong dakwaannya itu.

Namun, jurucakap Whitehouse tidak memberi respon terhadap perkara itu. Wakil Presiden Facebook, Guy Ro­sen melalui laman Twitternya berkata, video itu lebih menyum­bang kepada keganasan yang berlaku dan bukannya mengurangkan risiko kejadian.

Bekas Ketua Keselamatan Facebook, Alex Stamos, dan kumpulan hak asasi termasuk Liga Anti Fitnah meminta syarikat media sosial menggantung akaun Trump buat selamanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya