Bayaran BPN 2.0 dipercepat, bermula 21 Januari - Utusan Malaysia

Bayaran BPN 2.0 dipercepat, bermula 21 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) akan dipercepatkan dengan 11.06 juta penerima bakal menikmati manfaat itu bermula 21 Januari ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada dan kira-kira 460,000 penerima baharu melibatkan peruntukan RM2.38 bilion.

Beliau berkata, pembayaran itu dipercepatkan susulan pengumuman pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Tengku Zafrul memberitahu, 460,000 penerima baharu itu telah diluluskan semasa tempoh permohonan dan rayuan yang dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November lalu.

“Semakan kelulusan boleh dibuat bermula 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

“Bayaran akan disalurkan terus ke dalam akaun bank bagi penerima golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan isi rumah berpendapatan sederhana (M40) masing-masing bermula 21 dan 25 Januari depan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya