Anak syarikat Malakoff cadang terbit sukuk RM4.5 bilion - Utusan Malaysia

Anak syarikat Malakoff cadang terbit sukuk RM4.5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Malakoff Corp. Bhd., Tanjung Bin Energy Sdn. Bhd. (TBE) dilaporkan bercadang menerbitkan bon Islamik atau sukuk bernilai RM4.5 bilion.

Menurut laporan The Edge Markets yang memetik nota penyelidikan RAM Ratings, penerbitan sukuk tersebut akan digunakan bagi membayar semula hutang TBE kepada kontraktor turnkey 100 peratus miliknya, Tanjung Bin Energy Issuer Bhd. (TBE Issuer).

Penganalisis RAM Ratings, Chong Van Nee dan Aw Wei Xuan berkata, TBE merupakan pengeluar tenaga bebas (IPP) yang memiliki dan mengendalikan loji janakuasa arang batu ultra-supercritical berkapasiti 1,000 megawatt (MW) di Tanjung Bin, Johor.

Ia adalah di bawah perjanjian pembelian tenaga (PPA) selama 25 tahun bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan perjanjian tersebut akan tamat pada 2041.

Katanya, RAM Ratings telah memberi penilaian awal AA3/Stabil bagi program nota jangka sederhana (MTN) Islamik yang dicadangkan TBE bernilai RM4.5 bilion itu.

“Penarafan awal adalah bergantung kepada kekuatan projek ekonomi TBE di bawah terma PPA.

“Ia juga disokong kapasiti pembayaran berdasarkan ketersediaan (ACP) tanpa wujudnya pendedahan kepada risiko permintaan dan kemampuan menjana aliran tunai TBE yang stabil di sebalik beberapa isu selepas memulakan operasi pada Mac 2016,” katanya dalam nota penyelidikan tersebut.

Malakoff setakat ini bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang makluman kepada Bursa Malaysia berhubung penerbitan sukuk tersebut.

Mengulas lanjut, kedua-dua penganalisis RAM Ratings itu berkata, masalah dihadapi TBE itu telah berjaya diselesaikan pada 2019 dan walaupun masih belum memenuhi syarat PPA tetapi kadar gangguan tidak berjadual loji itu adalah 7.01 peratus lebih baik setakat akhir November 2020 berbanding 13.14 peratus pada Disember 2018.

“Oleh itu, jumlah kerugian pendapatan yang diukur berdasarkan pengurangan ACP adalah rendah sekali gus membawa kepada pemulihan dari segi prestasi keuntungan.

“TBE merekodkan margin bahan api positif sejak memulakan operasi kecuali bagi tempoh 11 bulan tahun 2020,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya