AirAsia tawar diskaun hebat - Utusan Malaysia

AirAsia tawar diskaun hebat

KESAN penuh ke atas penyata pendapatan dan kunci kira-kira Airasia X akan ditunjukkan dalam pengumuman Bursa Malaysia pada suku seterusnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan AirAsia melalui laman webnya airasia.com, membuat jualan Big Sale yang menawarkan diskaun untuk Cuti-Cuti Malaysia 2021 serta keperluan perjalanan penting yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, tahun 2021 membuka lembaran baharu dan AirAsia bersedia untuk kembali terbang tinggi.

“Untuk menyokong inisiatif Cuti-Cuti Malaysia oleh Tourism Malaysia dan mempromosikan perjalanan domestik, jualan Big Sale airasia.com menawarkan tawaran perjalanan dengan nilai terbaik untuk semua.

“Bagi menyambut kedatangan para tetamu kami, AirAsia telah meningkatkan semua langkah-langkah keselamatan dengan mengamalkan prosedur kesihatan dan kebersihan yang ketat di dalam penerbangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara jualan yang diadakan ialah, tempah tempat duduk percuma AirAsia dan terbang dengan tambang serendah RM12 dari Johor Bahru ke Ipoh dan Kota Bharu dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuala Terengganu; dan dari Pulau Pinang ke Kota Bharu serta Langkawi.

Selain itu, AirAsia turut menawarkan pakej SNAP selama 3 hari 2 malam termasuk penerbangan pergi balik daripada RM89 seorang.

Diskaun hingga 60 peratus akan diberikan untuk tempahan hotel, diskaun 20 peratus untuk bagasi daftar masuk melebihi 25 kilogram, diskaun 20 peratus untuk tempah duduk Hot Seat dan diskaun 10 peratus bagi hidangan dalam penerbangan.

Tempahan tersedia dari 4 Januari hingga 10 Januari 2021 di airasia.com dan aplikasi mudah alih lain untuk tempoh perjalanan antara 11 Januari 2021 dan 30 Oktober 2021.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Zulkifly Md. Said pula memuji usaha AirAsia dalam melaksanakan langkah keselamatan yang ketat untuk para penumpang supaya mereka dapat melakukan perjalanan udara dengan selamat.

AirAsia telah menerima pengiktirafan tujuh bintang teratas daripada pakar keselamatan industri penerbangan Airlineratings.com, berikutan pelaksanaan pelbagai inovasi industri yang menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat dengan ciri-ciri tanpa sentuhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya