TNB bantu golongan B40 miliki rumah - Utusan Malaysia

TNB bantu golongan B40 miliki rumah

Hasni Mohammad (tiga dari kiri) bersama penerima rumah PMR TNB Peringkat Negeri Johor 2020, Ng Kim Sia (tiga, kanan) di Kampung Lama, Pontian minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus komited membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik untuk memiliki kediaman yang lebih sempurna menerusi Projek Mesra Rakyat (PMR).

Terbaharu, syarikat utiliti itu dengan kerjasama kerajaan negeri Johor telah membantu dua golongan B40 di negeri itu untuk membaiki dan membina kediaman di bawah program berkenaan.

Projek itu adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial TNB bagi membantu golongan B40 membaiki, membeli atau membina rumah dengan nilai sumbangan RM50,000.

Mengulas usaha TNB itu, Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, beliau amat terharu dengan keprihatinan TNB untuk terus bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membantu membina atau membaik pulih rumah golongan kurang berkemampuan dan sangat memerlukan.

“Harapan saya agar kerjasama antara TNB dan kerajaan negeri dapat diteruskan untuk kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan TNB semalam.

Hasni telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada kedua-dua penerima, M. Krishnan dan Ng Kim Siang di Kampung Lama, Pontian, Khamis lalu.

Turut hadir, Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek dan Pengurus Besar TNB Negeri Johor, Mohamad Noh Md Seth.

Menurut TNB, sejak dimulakan pada 2012, sebanyak RM780,000 telah dibelanjakan di bawah PMR bagi membina dan membaik pulih 23 kediaman di Johor.

Di peringkat kebangsaan pula, katanya, sebanyak RM7.8 juta dibelanjakan di bawah program itu bagi membantu 220 penerima.

Selain PMR, TNB turut melaksanakan bantuan serupa yang dinamakan Program Baiti Jannati, yang menyasarkan golongan kurang berkemampuan beragama Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya