Sekatan pergerakan heret harga minyak - Utusan Malaysia

Sekatan pergerakan heret harga minyak

KEBIMBANGAN mengenai sekatan pergerakan dan ketegangan di Asia Barat menyumbang kepada kejatuhan harga minyak dunia. –AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Harga minyak jatuh pada dagangan awal semalam akibat kebimbangan permintaan apabila sekatan pergerakan yang lebih ketat dilaksanakan di Eropah.

Kebimbangan itu mengatasi khabar gembira vaksin manakala ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat turut menyumbang kepada kejatuhan tersebut.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) jatuh 16 sen atau 0.3 peratus kepada AS$46.83 (RM190.36) setong manakala minyak mentah Brent jatuh 20 sen atau 0.4 peratus kepada AS$50.09 (RM203.62) setong.

London mengetatkan kawalan pergerakan dengan mengarahkan bar dan restoran ditutup apabila kadar jangkitan Covid-19 terus meningkat dengan mendadak, menyebabkan permintaan terhadap bahan api berkurang dalam masa terdekat.

Lebih memburukkan keadaan, Itali turut mengumumkan sekatan yang lebih ketat menjelang cuti Krismas sementara kebanyakan kedai di Jerman telah diarahkan tutup sehingga 10 Januari dengan jangkaan tipis untuk lebih longgar pada tahun baharu.

Namun begitu, kesediaan vaksin di AS, Britain dan Kanada yang meningkatkan harga minyak secara berterusan minggu lalu terus mengekalkan hanga minyak mentah Brent di atas paras AS$50 (RM203.25).

“Pada satu sisi ada harapan untuk pemulihan permintaan kerana kesediaan vaksin, pada sisi pandemik pula, ada sekatan yang semakin ketat,” kata penganalisis komoditi Bank Komanwel, Vivek Dhar.

Kelmarin, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meletakkan ramalannya untuk pemulihan permintaan minyak pada 350,000 tong sehari untuk 2021 kerana impak berterusan pandemik Covid-19.

Namun, OPEC turut menyatakan bahawa ketersediaan segera vaksin di ekonomi-ekonomi utama “menyediakan potensi peningkatan untuk ramalan tahun hadapan”. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya