Penumpang di KLIA meningkat - Utusan Malaysia

Penumpang di KLIA meningkat

Langkah penstrukturan semula kewangan tersebut, yang dijangka selesai pada awal Mac ini melibatkan semua pemegang taruh utama MAG .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dijangka meningkat empat kali ganda sempena musim cuti

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan memperketat langkah ke­selamatan di lapangan terbang miliknya sebagai persediaan menerima lebih ramai penum­pang pada musim percutian.

Menurut syarikat itu, lapangan terbang utamanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka menerima kira-kira empat kali ganda lebih ramai penumpang dalam tempoh 24 Disember sehingga 31 Disember ini berban­ding tempoh sama bulan lalu.

Dalam tempoh itu, penum­pang domestik dijangka seramai 99,000 orang manakala penumpang antarabangsa seramai 19,000 orang.

Mohd. Shukrie Mohd. Salleh

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, pihaknya akan sentiasa mele­takkan keselamatan penum­pang sebagai keutamaan dan sebagai persediaan menerima penumpang yang lebih ramai, lapangan terbang akan memastikan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) kesihatan.

“Barisan hadapan lapangan terbang kami akan ada untuk membantu penumpang dan memastikan proses di setiap titik sentuh dijalankan secara berkesan serta mengutamakan keselamatan.

“Ketika kami berusaha sedaya upaya membekalkan perkhidmatan terbaik untuk semua tetamu, kami ingin mengingatkan para penumpang untuk turut sama memainkan peranan masing-masing dengan mengamalkan norma baharu pelancongan, seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa memastikan kebersihan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambahan lagi, menurut Mohd. Shukrie, tahap perkhid­matan di semua lapangan terbang telah dioptimumkan untuk bukan setakat mengekang risiko keselamatan, malah mengurangkan kesesakan dan waktu me­nunggu yang lama di setiap titik sentuh serta kawasan tumpuan.

“Kami telah mempercepat inisiatif Lapangan Terbang 4.0 untuk mendigitalkan pengalaman penumpang.

“Inisiatif terbaharu adalah pelaksanaan tempahan dan sistem bayaran tanpa sentuh di gerai makanan dan minuman yang mana pelanggan membuat tempahan dan membuat bayaran segera tanpa perlu beratur di kaunter.

“Teknologi baharu ini memastikan keselamatan tetamu memandangkan penjarakan fizikal di kedai-kedai dapat diperhati dengan lebih berkesan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya