Pengecualian cukai jualan kereta import dilanjutkan - Utusan Malaysia

Pengecualian cukai jualan kereta import dilanjutkan

Pengecualian meliputi kenderaan serba guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi pemasangan tempatan dan luar negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan mengumumkan lanjutan pengecualian cukai jualan ke atas semua kereta import sama ada yang baharu atau terpakai selama enam bulan lagi.

Ia meliputi kenderaan serba guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi pemasangan tempatan (CKD) dan sepenuhnya luar negara (CBU).

“Kelulusan lanjutan ini bagi terus memacu momentum perkembangan sektor automotif di bawah Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (Penjana),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Langkah berkuat kuasa mulai 1 Januari sehingga 30 Jun itu menyaksikan pengecualian sepenuhnya cukai jualan dikenakan ke atas kereta penumpang CKD termasuk MPV dan SUV.

Manakala bagi kereta penumpang CBU yang diimport termasuk MPV dan SUV pula akan menikmati pengecualian 50 peratus cukai jualan dikenakan, tambah kenyataan itu lagi.

Awal Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengecualian itu menerusi pakej Penjana bermula 15 Jun sehingga 31 Disember ini bagi merangsang semula jualan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya