Seperti jangkaan banyak pihak, dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun ini, lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ia dilaporkan, terendah sejak penubuhan unit amanah tersebut pada 1990. Banyak yang kecewa dengan prestasi tersebut kerana mengharapkan pulangan lebih tinggi. Mungkin mereka mengharapkan dividen yang diperoleh boleh digunakan untuk pelbagai tujuan lain. Terutama dalam tempoh sukar sekarang. Pun begitu, penghargaan patut diberikan kepada pengurus unit, Permodalanan Nasional Berhad (PNB) kerana terus komited memberikan pulangan dividen yang kompetitif kepada 10.2 juta pemegang unit berbanding simpanan tetap di bank-bank, di sebalik keadaan ekonomi negara dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya