KUALA LUMPUR: Maju Expressway Sdn. Bhd. (Maju Expressway) mengumumkan pelantikan Datuk Ir. B. Nitchiananthan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu berkuat kuasa 7 Disember lalu.
Menurut Maju Expressway, Nitchiananthan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri perundingan kejuruteraan dan memiliki pengalam luas dalam kerja-kerja reka bentuk serta pelaksanaan lebuh raya utama di negara ini.
“Beliau merupakan ahli Persatuan Kejuruteraan Jalan Raya Malaysia dan Felo Institusi Jurutera serta Chartered Institution of Highway and Transportatioan (CIHT),” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN