Nasdaq melonjak ke paras tertinggi - Utusan Malaysia

Nasdaq melonjak ke paras tertinggi

Saham beberapa anggota terbesar Nasdaq seperti Apple Inc., Facebook Inc. dan Tesla Inc. yang mendapat perhatian pelabur ketika sekatan pergerakan meningkat sehingga 4.7 peratus. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Nasdaq melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah kelmarin, apabila pelabur menyasarkan saham teknologi selepas sekatan akibat Covid-19 kembali dilaksanakan.

Sementara itu, stok cip biru Dow Jones jatuh selepas peningkatan empat hari berturut-turut.

Nasdaq yang sarat dengan saham teknologi meningkat 0.4 peratus ketika beberapa anggota terbesarnya seperti Apple Inc., Facebook Inc. dan Tesla Inc. yang mendapat perhatian pelabur ketika sekatan pergerakan meningkat antara 1.4 peratus hingga 4.7 peratus.

Kelmarin, pihak berkuasa negeri paling padat penduduk di Amerika Syarikat (AS), California mengarahkan kedai-kedai untuk ditutup dan orang ramai duduk di rumah selepas negeri itu mencatat lebih 30,000 kes Covid-19 baharu.

Ketua Strategis Ekuiti MAI Capital Management di Ohio, Christopher Grisanti berkata, apa yang berlaku ialah pelabur tertumpu kepada pembelian jangka pendek kerana sekatan pergerakan yang menyebabkan saham teknologi menerajui saham-saham lain.

“Syarikat-syarikat ini masih boleh memberi prestasi yang baik walaupun ekonomi kembali ditutup.

“Ia mengingatkan kita kepada awal 2020 dan saya fikir ia memberi peluang kepada pelabur untuk memandang ke hadapan dan cuba mencari pelaburan yang memberi hasil pada 2021,” katanya.

Indeks tenaga S&P 500 jatuh 1.6 peratus, kejatuhan terbesar dalam kalangan 11 sektor utama akibat kejatuhan harga minyak.

Syarikat minyak seperti Chevron Corp., Exxon Mobil Corp. dan Occidental Petroleum Corp. jatuh antara 1 peratus ke 2.5 peratus.

Wall Street mengenal pasti pergerakan yang lebih berhati-hati dalam saham global selepas Washington mengenakan sekatan kewangan dan larangan perjalanan kepada beberapa pegawai China.

Namun, dengan Presiden baharu, Joe Biden dijadual mengambil alih pentadbiran pada 20 Januari, penganalisis menjangkakan fokus akan diberikan kepada memulihkan hubungan dengan China berbanding beberapa langkah yang diambil pentadbiran Donald Trump dalam tempoh beberapa hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya