MPOB anjur tinjauan, semakan ekonomi minyak sawit 2021 - Utusan Malaysia

MPOB anjur tinjauan, semakan ekonomi minyak sawit 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menganjurkan seminar tinjauan dan semakan (R&O) ekonomi minyak sawit 2021 secara maya pada 11 Januari depan bagi menyebarkan maklumat mengenai prestasi minyak sawit Malaysia tahun ini.

Pada masa sama, menurut MPOB, seminar tersebut akan turut memperincikan prospek pasaran dan unjuran harga minyak sawit bagi 2021.

Katanya, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali akan merasmikan seminar yang merupakan satu daripada platform MPOB memberi maklumat terkini mengenai perkembangan industri kelapa sawit.

“Seminar itu akan memberi tumpuan kepada kemajuan masa hadapan industri kelapa sawit serta pengembangan perdagangan dan kesannya terhadap komoditi.

“Empat laporan mengenai prestasi industri kelapa sawit untuk 2020, prospek pasaran dan unjuran bagi 2021 akan dibentangkan dalam seminar berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir akan membentangkan kertas kerja mengenai prestasi industri kelapa sawit pada tahun ini dan prospek untuk 2021.

Pakar minyak sawit, Dr. James Fry dari LMC International Ltd. pula akan menyampaikan laporan mengenai prospek pasaran dan tinjauan harga minyak sawit manakala seorang lagi pakar industri, Dr. Sathia Varqa akan menyampaikan pendapat mengenai prospek pasaran semasa.

Selain itu, Togar Sitanggang pula berkongsi pandangannya mengenai situasi dan dasar minyak sawit Indonesia.

Ahmad Parveez berkata, seminar tersebut juga akan memberi peluang kepada peserta mengemas kini prestasi terbaharu industri kelapa sawit, perkembangan pasaran dan memperluas jaringan mereka.

Pemain industri tempatan, pengeksport, ahli ekonomi, pembuat dasar dan ahli akademik digalakkan mengambil bahagian dalam seminar tersebut dengan mereka yang berminat boleh mendaftar melalui pautan http://mpob.gov.my/conferences-courses/palm-oil-economic-review-outlook-2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya