Merealisasi Felda sebagai ‘lombong emas’ - Utusan Malaysia

Merealisasi Felda sebagai ‘lombong emas’

KHAIRY JAMALUDIN bersama pegawai dan kakitangan Felda selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Felda dan MaGIC di Ibu pejabat MaGIC, Cyberjaya, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aerodyne Group yakin, penglibatannya dalam projek rintis NTIS di Felda Mempaga, boleh merangsang penggunaan teknologi dan inovasi oleh Felda dalam amalan operasinya.

Syarikat DT3 (teknologi dron, teknologi data dan transformasi digital) itu berkata, mereka menyasarkan penyelesaian untuk enam masalah utama di Felda menggunakan kepakaran yang mereka ada.

Enam masalah itu ialah jaminan bekalan makanan; kebergantungan kepada pekerja asing; ketidakberkesanan output pertanian; kebocoran subsidi pertanian daripada kerajaan; ketiadaan platform untuk menyatukan ekosistem pertanian di Malaysia dan kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19.

“Berdasarkan pengiraan kami, ketepatan pertanian akan memberi impak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara signifikan.

“Ia juga boleh mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dan meningkatkan taraf hidup golongan B40. Kerajaan juga boleh memanfaatkan data yang dijana melalui platform yang ada,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Syarikat itu yang ditubuhkan pada 2014 dipilih oleh NTIS setelah NTIS mendapati penyelesaian yang ditawarkan dapat membantu Felda mencapai matlamat dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi Felda.

Menurut Sekretariat NTIS, apa yang ditawarkan Aerodyne boleh menyumbang kepada pembangunan progresif Felda dan akhirnya merealisasikan potensi Felda sebagai ‘lombong emas’ negara.

Salah satu produk Aerodyne yang diyakini dapat menyumbang kepada pembangunan Felda ialah Agrimor, adiaplikasi untuk pemilik tanah pertanian untuk menempah dron dengan pemandu untuk semburan tanaman dan perkhidmatan pertanian tepat yang lain.

“Platform ini mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan untuk rakyat, meningkatkan hasil dan output untuk meningkatkan jaminan bekalan makanan serta menyokong inisiatif revolusi industri 4.0 (RI4) oleh kerajaan,” katanya.

Menurut Aerodyne, syarikatnya bersedia dari segi kewangan, teknikal dan logistik untuk menyumbang dalam projek tersebut.

Selain pembinaan platform dan adiaplikasi yang diperlukan, syarikat itu juga bersedia untuk melabur dalam pemerolehan dron pertanian serta mempunyai tenaga kerja yang berdedikasi untuk membuat ujian sebelum pelaksanaan sebenar.

“Aerodyne telah membina ekosistem asas untuk menyokong platform tersebut dan memulakan aplikasi.

“Syarikat kami mempunyai pengalaman di 35 buah negara di seluruh dunia dalam membekalkan penyelesaian berasaskan dron dan kini bekerja rapat dengan pihak berkuasa dan pelbagai agensi kerajaan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya