MAHB tingkat rebat sewa - Utusan Malaysia

MAHB tingkat rebat sewa

Penyewa lapangan terbang menghadapi masalah aliran tunai terutamanya selepas pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menawarkan rebat sewa 100 peratus selama enam bulan bermula Julai hingga Disember kepada semua penyewa di lapangan terbang miliknya.

Ia berikutan kekurangan pelanggan di lapangan terbang kerana sekatan perjalanan yang dikenakan kerajaan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, pakej bantuan terbaharu itu diberikan berikutan rayuan penyewa yang menghadapi masalah aliran tunai terutamanya selepas pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kami komited memastikan komuniti lapangan terbang mampu bertahan dalam krisis ini bersama-sama.

“Melalui panduan prinsip ini, kami mengambil langkah untuk meningkatkan rebat sewa walaupun kami sendiri terkesan untuk tiga suku terakhir dan tindakan ini akan mengurangkan rizab tunai kami.

“Kami, seperti lapangan terbang lain di dunia, berharap kerajaan dapat melanjutkan bantuan yang diperlukan agar kami boleh terus menyokong komuniti perniagaan lapangan terbang lain,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tawaran rebat itu sekali gus membatalkan pakej bantuan yang diumumkan pada September lalu yang mana peruncit yang menyewa di lapangan terbang milik MAHB diberikan rebat sewa sebanyak 50 peratus.

“Apa yang kami lakukan mengatasi semua pakej bantuan yang ditawarkan oleh mana-mana pusat beli-belah dan kami percaya, ia tindakan yang adil untuk semua pihak dalam situasi ini,” kata Mohd. Shukrie.

Selain rebat sewa tersebut, MAHB turut menawarkan kadar sewa istimewa untuk penyewa sedia ada yang bergantung kepada kadar pertumbuhan penumpang bermula Januari 2021.

Selain itu, rakan kongsi penerbangan mereka turut menerima rebat 30 peratus untuk caj aeronautik (tidak termasuk Caj Perkhidmatan Penumpang) seperti caj pendaratan, parkir pesawat, jambatan udara dan kaunter daftar masuk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya