LearninPal gerbang e-pembelajaran - Utusan Malaysia

LearninPal gerbang e-pembelajaran

Karvival LearninPal memberi peluang kepada pengunjung terutama pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 meningkatkan pengetahuan mereka sebelum menduduki peperiksaan tersebut tahun hadapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bersempena pelancaran rasmi LearninPal, gerbang digital pembelajaran baharu yang menarik dan komprehensif keluaran MPH Bookstores Sdn. Bhd., satu e-Karnival akan diadakan dari 19 hingga 21 Disember ini.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi e-pembelajaran berkenaan di Apple AppStore atau Google PlayStore atau log masuk ke laman sesawang LearninPal di www.learninpal.com, untuk satu pengalaman pendidikan dalam talian yang menyeronokkan.

Menurut Instruktur IT di iTrainKids, Chavez Yong, melalui aplikasi berkenaan, pengunjung boleh mengenali lebih 15 mentor terdiri daripada pendidik, pengajar dan wakil dari pusat pembelajaran seperti Engineering For Kids, iTrainKids dan Eduspace Training.

“Pembelajaran dalam talian akan menjadi satu faktor besar bagi anak-anak yang kini tidak boleh ke sekolah,” katanya yang akan mengajar cara membina permainan 2D dengan perisian pembuatan permainan Construct 3 di e-Karnival LearninPal pada 21 Disember ini.

MPH Bookstores berkata, kemuncak e-Karnival LearninPal adalah siri SPM Star Classes, di mana para pendidik yang bertauliah seperti Gurdev Singh (Sains), Muhammad Danial Ziqri (Matematik) dan Siva Ramana (Ekonomi) akan mengadakan kelas untuk para pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari depan.

Katanya, aktiviti-aktiviti lain sempena e-Karnival itu termasuk sesi bercerita bertemakan Hari Krismas, sesi kraf DIY untuk anak-anak dan webinar mengenai topik keibubapaan.

“Untuk mendorong proses pembelajaran anak-anak, penerbit akademik terkemuka seperti Ilmu Bakti, Pelangi, Fargoes dan Bestari Karangkraf akan menyediakan kandungan pembelajaran secara digital melalui aplikasi LearninPal sepanjang bulan ini.

“Orang ramai boleh menggunakan ciri palReads untuk buku rujukan digital dan menerokai palRevise untuk kuiz dalam talian. Pengunjung juga boleh menonton video pendidikan di bawah ciri palReplay,” katanya.

LearninPal juga akan memberikan kamus percuma kepada 500 pengguna baharu terawal yang mendaftar di laman sesawang www.learninpal.com.

“Pemberian ini terbuka untuk semua pengguna baharu applikasi LearninPal di Lembah Klang dan akan berakhir pada 31 Disember ini. Kunjungilah laman Facebook dan Instagram LearninPal untuk maklumat terkini mengenai e-karnival dan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya