Kerajaan salur RM24 bilion - Utusan Malaysia

Kerajaan salur RM24 bilion

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu. – UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan lebih RM24 bilion bantuan setakat 27 November lalu kepada lebih 1.4 juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan mikro tempatan menerusi pakej-pakej rangsangan bersifat bantuan langsung.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, umum mengetahui PKS dan perniagaan mikro merupakan tunjang utama ekonomi negara dengan usaha cekal dalam meneroka bidang baharu digandingkan dengan penggunaan teknologi bagi menjana pendapatan harus dipuji.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa memberi sokongan berterusan sejak pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sehingga perangkaan Belanjawan 2021 baru-baru ini.

Katanya, perlu dijelaskan bahawa ada PKS dan perniagaan mikro yang menerima lebih da­ripada satu manfaat atau bantuan kerajaan bergantung kepada kelayakan.

“Minggu lalu, saya telah berpeluang berjumpa dan melihat sendiri bagaimana rakyat kita telah meneroka bidang keusahawanan, lantaran cabaran yang dialami dalam bidang kerja utama mereka akibat kesan wabak Covid-19 terhadap ekonomi.

“Ini termasuklah graduan dan mereka di dalam bidang kejuruteraan, sektor penerbangan serta perkhidmatan seperti makanan dan minuman yang kesemuanya bertukar angin mengikut keadaan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Laksana Ke-32 Pelaksanaan Prihatin, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN