Inix kuasai 51% syarikat pengedar sarung tangan - Utusan Malaysia

Inix kuasai 51% syarikat pengedar sarung tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Inix Technologies Holding Sdn. Bhd. (Inix) menandatangani memorandum persetujuan (MoA) untuk memiliki 51 peratus kepentingan dalam syarikat pengedar sarung tangan, World Gloves International Group Sdn. Bhd. (WGI).

Langkah tersebut dijangka akan mengukuhkan kedudukan syarikat pegangan pelaburan itu dalam industri sarung tangan, susulan MoA yang ditandatangani Inix minggu lalu bagi pengambil alihan 51 peratus kepentingan dalam syarikat pengeluar sarung tangan getah, L&S Gloves Sdn. Bhd. (L&S Gloves).

Pengarah Eksekutif Inix, Siva Kumar Kalugasalam berkata, pihaknya percaya pengambil alihan WGI, yang juga hadir bersama pensijilan antarabangsa akan menambah baik perniagaan sarung tangannya dan membawa sumbangan positif kepada kumpulan.

“Sebagai sebuah syarikat pelaburan, kami sentiasa mencari peluang yang baik dan kami hampir mencapai sasaran yang telah ditetapkan tahun ini.

“Sinergi yang bakal terhasil antara WGI dan L&S Gloves berupaya membekalkan lebih banyak sarung tangan ke pasaran.

“Kami tidak berniat untuk bersaing dengan pemain utama industri sedia ada kerana mereka memiliki pasaran mereka sendiri, kami juga mempunyai sasaran pelanggan yang tersendiri,” katanya pada majlis menandatangani MoA tersebut di ibu pejabat WGI di sini semalam.

WGI mengedar sekurang-kurangnya sejuta kotak sarung tangan getah dan nitril sebulan dengan perolehan sekitar RM10 juta, untuk pasaran seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

Hadir sama ialah Pengerusi Inix, Tan Sri Syed Mohd. Yusof Tun Syed Nasir.

Jumaat lalu, Inix menandatangani MoA pengambilalihan L&S Glove, yang memiliki dua barisan pengeluaran sarung tangan getah di kilangnya yang terletak di Beranang, Selangor.

Inix merancang untuk menambah kapasiti kilang berkenaan sehingga 14 barisan pengeluaran dalam tempoh lebih setahun, melibatkan pelaburan tidak kurang daripada RM50 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya