ILTIZAM Ekuinas bantu banduan - Utusan Malaysia

ILTIZAM Ekuinas bantu banduan

Majlis penyerahan bantuan set kelengkapan Pelindung Diri (PPE) Ekuinas kepada wakil Jabatan Penjara Melaka untuk membantu barisan hadapan dalam menentang wabak Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ekuiti Nasio­nal Berhad (Ekuinas) memberi sokongan kepada Projek PPE menerusi Program Back-to-society di bawah ILTIZAM, unit Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat itu.

Ia merupakan projek menghasilkan 1,000 set kelengkapan Pelindung Diri (PPE) bertujuan membantu barisan hadapan perubatan dan hospital-hospital dalam menentang wabak Co­vid-19.

Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Ekuinas, Hizwani Hassan berkata, projek itu adalah kolaborasi dengan Jabatan Penjara Malaysia dan Sora Industries, untuk melatih penghuni Penjara Jasin, Penjara Sungai Udang serta remaja-remaja dari Sekolah Henry Gurney.

“Program itu ialah usaha kami untuk membantu individu-individu yang bakal dibebaskan, menyesuaikan diri semula dengan masyarakat sekali gus meningkatkan kemahiran teknikal.

“Ia juga merupakan cara kami untuk menyokong Jabatan Penjara dan program-program pemulihan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, melalui program itu, individu-individu akan diberikan latihan berasaskan kemahiran berkualiti iaitu kemahiran berkebun, mengukur dan melakar baju serta menjahit.

Sementara itu, Timbalan Ko­misioner Penjara (TKP) Tuan Ku Nawawi Ku Hamid berkata, Projek PPE akan membolehkan penghuni penjara dan remaja terbabit menjana elaun tambahan.

“Kami harap dapat terus be­kerjasama dengan Ekuinas untuk menyediakan bantuan yang diperlukan kepada penghuni penjara dan remaja. Semoga lebih banyak organisasi akan tampil untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang kerap diabaikan dan terlepas pandang,” jelasnya.

Dilancarkan pada tahun 2016, ILTIZAM bersama Ekuinas ialah satu inisiatif CSR bermatlamat memperkasa dan memelihara pertumbuhan masyarakat ter­pinggir di Malaysia.

Pada awal tahun ini, Ekuinas juga telah menubuhkan Dana Ihsan Covid-19 ILTIZAM berjumlah RM10 juta untuk mengurangkan beban komuniti penjagaan kesihatan dan menyediakan bantuan kepada golongan terjejas akibat wabak berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya