Huawei, Aladdin jalin kerjasama bidang teknologi - Utusan Malaysia

Huawei, Aladdin jalin kerjasama bidang teknologi

Eizaz Azhar (dua dari kiri) dan Lim Chee Siong (dua dari kanan) menunjukkan dokumen kerjasama antara Huawei Technologies dan Aladdin Group sambil disaksikan oleh Desmond To (kiri) di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Huawei Technologies Malaysia Sdn. Bhd. dan Aladdin Group Sdn. Bhd. telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutif Aladdin Group, Eizaz Azhar berkata, melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan membangunkan rangkaian perkhidmatan teknologi bertujuan mewujudkan platform perdagangan sosial global yang halal.

Beliau berkata, ia juga berperanan untuk mempercepat pertumbuhan bagi semua pihak yang terlibat dalam sektor produk dan perkhidmatan halal dengan memanfaatkan teknologi inovatif Huawei seperti awan (cloud) dan kecerdasan buatan (AI).

“Ia pasti akan membantu mendorong pertumbuhan Malaysia dalam ekonomi halal selain memberi nilai yang besar buat pemegang saham Aladdin Group dan memastikan kecemerlangan operasi,” katanya dalam satu kenyataan.

MoU itu ditandatangani oleh Eizaz Azhar dan Naib Presiden Cloud dan AI Huawei Malaysia, Lim Chee Siong dengan disaksikan oleh Pengasas Aladdin Group, Datuk Seri Desmond To.

Sementara itu, Chee Siong berkata, kerjasama itu adalah peluang berharga bagi Huawei belajar tentang industri halal.

Ia juga akan membolehkan syarikat mempamerkan kepakarannya dalam bidang AI, pengkomputeran awan Blockchain dan data raya (big data).

Beliau berkata, sinergi unik antara Huawei dan Aladdin Group dapat memanfaatkan kepakaran dan pengetahuan Huawei yang mendalam dalam infrastruktur digital, lantas meningkatkan kemampuan teknologi Aladdin Group.

“Peningkatan teknologi itu juga akan membolehkan rakan strategik Aladdin Group di seluruh dunia bergabung sebagai penyokong rancangan pertumbuhan kumpulan tersebut menjelang 2022 iaitu berkhidmat kepada lima bilion penduduk di mana 1.45 bilion adalah beragama Islam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya