Ekonomi Pahang Barat dipertingkat - Utusan Malaysia

Ekonomi Pahang Barat dipertingkat

wan Rosdy Wan Ismail menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian pinjaman projek pembinaan paip agihan air antara Kementerian Kewangan, kerajaan negeri Pahang dan ECERDC di Pahang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Per­sekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, komited untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Pahang Barat melalui aktivi­ti pertanian dan pelancongan berikutan kedudukannya yang hampir dengan Lembah Klang.

Pahang Barat merangkumi daerah Bentong, Cameron Highlands, Raub dan Lipis, manakala
Jerantut dan Bera termasuk dalam Pahang Barat Plus.

Menurut ECERDC, daerah-daerah itu secara kolektifnya mempunyai tanah yang luas dan berpotensi untuk menarik pelaburan dalam aktiviti pertanian bernilai tinggi seperti ternakan, penanaman pokok durian dan tongkat ali.

“Ia juga menawarkan destinasi menarik termasuk tanah tinggi yang boleh dikembangkan lagi sebagai tarikan pelancongan. Inisiatif ini disokong oleh projek infrastruktur strategik yang meningkatkan kesalinghubungan Pahang Barat seperti Jalan Lingkaran Tengah (CSR) yang memainkan peranan penting di dalam pembangunan ekonomi di negeri Pahang dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelas ECERDC, pihaknya ya­kin lebuh raya CSR berpotensi untuk membuka kawasan pertumbuhan baharu dan merangsang ekonomi setempat dengan kesalinghubungan yang meluas, menghubungkan Pahang Barat dengan kawasan ekonomi utama lain di negara itu.

Sebagai contoh katanya, daerah Bentong berpotensi besar untuk menjadi hab pengedaran dan logistik untuk daerah sekitarnya dengan peningkatan ke­salinghubungan melalui CSR dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Tambahnya, di bawah Pelan Induk ECER 2.0 (EMP2.0), ECERDC menyasarkan untuk menarik pelaburan swasta sebanyak RM31 bilion ke Pahang menjelang 2025.

“Pahang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan yang menarik di ECER dengan memperoleh RM9.5 bilion dalam pelaburan domestik dan asing antara 2018 hingga 2020. Daripada jumlah itu, RM1.83 bilion tertumpu pada sektor pelancongan, hartanah dan pertanian di Pahang Barat,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana dan Penyelarasan ECER (ICC) Pahang semalam dan turut dihadiri Ke­tua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat.

Baidzawi berkata, pihaknya bekerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan para pelabur untuk meningkatkan kemajuan pembangunan di Pantai Timur.

“Terdapat keperluan untuk melabur dalam infrastruktur strategik seperti jalan masuk, yang merupakan kunci untuk menarik pelaburan berkualiti dalam sektor pertanian dan pelancongan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya