Almera Turbo baharu kemas, selesa - Utusan Malaysia

Almera Turbo baharu kemas, selesa

Almera Turbo turut dilengkapi sistem amaran titik buta dan lintasan trafik belakang untuk jaminan keselamatan pemanduan yang lebih menyeluruh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nissan Al­mera Turbo serba baharu yang dilancarkan baru-baru ini sememang­nya kenderaan yang cukup menyerlah lebih-lebih lagi menggabungkan reka bentuk kemas, keselesaan dan ruang luas bagi pemiliknya.

Menurut Tan Chong Motor Holdings Berhad iaitu pengedar Nissan di Malaysia, Almera baharu dilengkapi teknologi Nissan Intelligent Mobility dan Safety Shield 360 yang menawarkan pemantauan keselamatan serta tindak balas pada bahagian hadapan, sisi dan belakang.

Hadir dengan tiga varian iaitu VL pada harga atas jalan de­ngan pengecualian cukai jualan tidak termasuk insurans adalah RM79,906; VLP (RM85,715) dan VLT pada harga RM91,310.

Selain itu, kata Tan Chong Motor, Almera baharu turut mempunyai sistem amaran pe­langgaran hadapan pintar (IFCW) dan brek kecemasan hadapan pintar (IFEB) yang memantau jarak dan kelajuan ken­deraan di samping mengeluarkan tanda berhenti kecemasan serta menekan brek secara automatik untuk membantu mengelak pe­langgaran hadapan.

Almera Turbo tersebut turut dilengkapi sistem amaran titik buta (BSW) dan amaran lintasan trafik belakang (RCTA).

“Ketika memandu pada kelajuan melebihi 32 kilometer sejam (km/j), sistem BSW membantu memantau kawasan titik buta dalam jarak 3X3 meter menerusi sensor radar pada bahagian bampar belakang.

“Ia akan memberi amaran kepada pemandu tentang kewujudan kenderaan lain yang berada berhampiran apabila hendak menukar haluan,” katanya dalam kenyataan.

Edaran Tan Chong Sdn. Bhd. (ETCM) iaitu anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor turut menawarkan promosi pembiayaan flexi istimewa iaitu bermula RM688 sebulan bagi va­rian VL, RM738 sebulan bagi varian VLP dan RM788 sebulan bagi VLT.

“Pelanggan yang membeli insurans dengan Tan Chong Insu­rance Business Stream (TCIBS) untuk Nissan Almera Turbo akan menerima perlindungan kemalangan peribadi (PA) secara percuma,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya