Allana jamin status halal produk - Utusan Malaysia

Allana jamin status halal produk

Kumpulan Allana memastikan setiap produk dikeluarkan dijamin status halalnya melalui prosedur ketat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengeluar daging halal terbesar di dunia, Kumpulan Allana menegaskan, loji penyembelihannya telah diluluskan pihak berkuasa di negara ini termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Malah jelas syarikat itu, loji penyembelihannya juga telah diakreditasi sepenuhnya oleh pihak berwajib di negara ini.

Tambahnya, setiap daging diperiksa dan dijual kepada pengimport yang sudah lama dikenali di negara ini seperti Ramly Food Processors yang mempunyai hubu­ngan lebih 25 tahun.

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua pengguna jenama kami mengenai status halal produk yang dijaga rapi dan dipatuhi setiap masa selaras dengan Allana sebagai syarikat yang sangat bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Allana, pihaknya mengeskport daging ke lebih 70 buah negara dan banyak digunakan di Indonesia, Malaysia Mesir, Arab Saudi, Dubai serta merupakan jenama popular di negara terbabit kerana kualititinya.

Tambahnya, jenama Allana adalah pelopor untuk eksport daging dari India sejak lebih 51 tahun lalu.

“Kumpulan Allana turut mempunyai perkongsingan da­lam perniagaan minyak sawit dengan Felda dan Tabung Haji,” tambahnya.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan menyokong penuh hukuman paling berat dikenakan kepada pihak terlibat sebagai ‘kartel’ kemasukan daging haram ke Malaysia yang kini mendapat perhatian banyak pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya