AIA lancar insurans am digital - Utusan Malaysia

AIA lancar insurans am digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AIA General Berhad, anak syarikat AIA Bhd., mengumumkan inisiatif baharu pelan insurans digitalnya.

Langkah itu akan meletakkan AIA General Berhad di barisan hadapan insurans digital di Malaysia sebagai sebahagian usaha untuk meluaskan tawaran produknya dengan cara yang baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eric Chang berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mencari kaedah baharu dalam menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

“Kami juga telah mengenal pasti bagaimana peningkatan penggunaan perkhidmatan digital telah mendedahkan pelanggan kepada risiko baharu yang jarang ditangani, dan sasaran kami adalah untuk memperkenalkan produk baharu dan berinovatif.

“AIA online Shield menandakan permulaan perjalanan transformasi digital AIA General Berhad. Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak platform digital di Malaysia untuk membawa produk-produk baharu ke pasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat insurans itu menjelaskan, AIA Online Shield merupakan sebuah pelan kemalangan peribadi mampu milik yang memberikan perlindungan terhadap kemalangan, Covid-19 serta demam denggi.

Pelan yang direka itu menawarkan fleksibiliti kepada para pelanggan untuk memilih manfaat dan tempoh perlindungan yang diinginkan.

Pampasan juga akan diberikan sebanyak RM50,00 jika berlaku kematian akibat kemalangan, serta sehingga RM12,000 untuk kematian akibat Covid-19 dan demam denggi.

AIA Online Shield akan dilancarkan di platform membeli-belah dalam talian terkemuka di Malaysia, Shopee bersempena dengan kempen jualan 12.12 yang akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya