Zainal Abidin dilantik BOD Khazanah - Utusan Malaysia

Zainal Abidin dilantik BOD Khazanah

Zainal Abidin Putih
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melantik Datuk Zainal Abidin Putih sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya (BOD).

Pelantikan itu berkuat kuasa semalam dan beliau turut akan menganggotai Jawatankuasa Lembaga bagi Audit dan Risiko untuk sayap pelaburan kerajaan itu.

Dalam kenyataan oleh syarikat itu semalam, Khazanah mengalu-alukan pelantikan tersebut dan berharap Zainal Abidin dapat menggalas tanggungjawab untuk membangunkan syarikat itu.

“Pengurusan dan kakitangan Khazanah ingin mengucapkan selamat datang kepada Datuk Zainal.

“Kami berharap dapat terus bekerja rapat dengan Lembaga Pengarah yang dipimpin Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi menggalas mandat untuk membangunkan kekayaan jangka panjang Malaysia,” kata syarikat itu.

Zainal Abidin merupakan tokoh korporat terkemuka yang pernah menjawat pelbagai jawatan tertinggi dalam pelbagai syarikat.

Antaranya Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Land & General Berhad; Pengerusi Touch ‘N Go Sdn. Bhd.; Pengerusi CIMB Bank Berhad; Pengerusi Tokio Marine Insurance (Malaysia) Berhad dan Pengerusi Southeast Asia Special Asset Management Berhad.

Selain itu, beliau juga Ahli Perbadanan Putrajaya, Ahli Institut Akauntan Malaysia serta Ahli Institut Akauntan Berkanun England dan Wales. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN