Vios baharu tampil bergaya, selamat - Utusan Malaysia

Vios baharu tampil bergaya, selamat

Vios baharu kini dilengkapi dengan sentuhan wajah hadapan menerusi bampar baharu dan tampil dengan gril lebih segar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aspek ke­selamatan dan penggayaan merupakan dua perkara penting yang diberi perhatian pada Toyota Vios baharu yang dipertingkatkan sekali gus menjadikannya lebih atletik dan dinamik dengan penampilan atas jalan lebih menonjol.

UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. dalam kenyataan memberitahu, Vios baharu kini dilengkapi dengan sentuhan wajah hadapan menerusi bampar baharu dan tampil dengan gril lebih segar, kit aero beserta lip depan serta lampu utama triple bezel baharu dengan lampu nyalaan siang.

Katanya, lampu utama baharu itu juga turut disambungkan dengan fungsi follow-me-home yang kini ditawarkan pada semua varian J,E dan G sebagai kelebihan kepada pengguna.

Syarikat itu memberitahu, Toyota Vios ditawarkan dengan dua pilihan warna baharu iaitu Orange Metallic dan Platinum White Pearl ditambah kepada warna sedia ada seperti Dark Blue Metallic, Red Mica Metallic dan Silver Metallic.

“Vios baharu telah dibuka untuk tempahan secara dalam talian dan di semua bilik pameran sah Toyota seluruh negara di samping hadir dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

“Harga akan diumumkan tidak lama lagi dan pelanggan boleh menikmati pengecualian cukai jualan bagi kereta pemasangan tempatan (CKD) yang masih berlangsung ketika ini,” katanya dalam kenya­taan.

Pertama kali dilancarkan pada Januari 2019, Vios generasi terkini dengan enjin 1.5 liter itu menjadi pilihan paling popular bagi sedan dengan penawaran aspek ke­selamatan, ketahanan, praktikaliti dan nilai terbaik yang ada padanya.

Toyota Vios juga merupakan model pertama dalam segmennya yang dianuge­rahkan penarafan lima bintang bagi ujian ASEAN NCAP dan kini turut dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri daripada ciri amaran prapelanggaran (PCS) serta amaran penukaran lorong (LDA).

Semua ciri terbaharu itu adalah tambahan kepada ciri-ciri keselamatan sedia ada pada model berkenaan termasuk kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), kawalan bantuan mula mendaki (HAC), peninjau titik buta dengan amaran lintasan trafik di belakang (RCTA) dan pelbagai lagi.

Dalam pada itu, Presiden UMW Toyota Motor, K. Ravindran berkata, Vios baharu mempunyai penampilan dinamik dengan wajah hadapan mirip kenderaan Toyota lain seperti Corolla. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya