Untung bersih L&G melonjak - Utusan Malaysia

Untung bersih L&G melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Land & General Berhad (L&G) melonjak lebih 900 peratus kepada RM14.08 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2020 berbanding RM1.74 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan syarikat tersebut bagi tiga bulan antara Julai hingga September 2020 turut melonjak 32.47 peratus mencecah RM51.95 juta berbanding RM39.22 juta yang direkodkan untuk tempoh sama 2019.

Menurut L&G, jumlah perolehan itu juga adalah 253 peratus lebih tinggi daripada suku pertama berakhir 30 Jun 2020 yang hanya mencatatkan RM14.7 juta.

L&G memberitahu, peningkatan keuntungan dan pendapatan syarikat sebahagian besarnya disumbangkan oleh penyiapan dan penyerahan hak milik projek Fasa 1 Astoria Ampang dan Fasa 1A Sena Parc dalam suku tersebut.

“Keuntungan sebelum cukai syarikat pada suku kedua berjumlah RM21 juta, naik 313 peratus berbanding RM5.1 juta pada suku pertama tahun kewangan 2021 dan 192 peratus iaitu pada kadar RM7.2 juta suku kedua tahun lalu.

“Hal demikian sekali gus meningkatkan keuntungan sebelum cukai separuh tahun pertama berakhir 30 September 2020 kepada RM26.1 juta, naik 67 peratus daripada RM15.6 juta untuk tempoh sama tahun kewangan sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

L&G berkata, keuntungan sebelum cukai lebih tinggi itu didorong oleh kerugian rosot nilai daripada operasi Australia sebanyak RM9.8 juta pada suku tersebut.

“Ini sebahagiannya disebabkan peruntukan tambahan sebanyak RM2.7 juta berkaitan nilai saksama kos pelaburannya di Vietnam Industrial Investment Ltd. disenaraikan di Bursa Saham Australia yang telah ditangguhkan dagangan sejak September 2019,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN