Top Glove belanja RM914.19 juta beli saham sendiri - Utusan Malaysia

Top Glove belanja RM914.19 juta beli saham sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Top Glove Corp. Berhad membelanjakan RM914.19 juta untuk membeli sahamnya sendiri sejak September lalu.

Jumlah itu adalah kira-kira separuh daripada keuntu­ngan RM1.87 bilion yang diperolehnya pada tahun kewa­ngannya yang berakhir 31 Ogos lalu.

Kelmarin, syarikat itu membeli RM69.96 juta sahamnya, pembelian untuk hari dagangan kelapan berturut-turut.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, syarikat itu memberitahu mereka membeli 10.07 juta saham pada harga di antara RM6.92 hingga RM6.97 sesaham.

Secara keseluruhannya, sya­rikat itu sudah membeli 125.49 juta saham, bersamaan 1.53 peratus pegangan.

Untuk bulan ini sahaja, syarikat itu telah membelanjakan RM559.19 juta untuk pembelian berkenaan, lebih tinggi berbanding RM355 juta pada September.

Saham syarikat itu ditutup pada RM6.94 petang semalam, nilai terendahnya sejak 10 September apabila ia didagangkan pada RM6.54.

Pada nilai tersebut, syarikat itu mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM56.08 bilion.

Nilai saham syarikat itu jatuh disebabkan beberapa perkembangan seperti pe­nemuan interim vaksin Co­vid-19 oleh syarikat Pfizer dan Moderna Inc. serta asrama pekerjanya di Klang yang di­letakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN