KUALA LUMPUR: Stok modal bersih yang menggambarkan kekayaan ekonomi negara, tumbuh perlahan pada kadar 3.6 peratus dengan nilai RM3.2 trilion tahun lalu.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, nilai aset tetap dalam sektor perkhidmatan adalah yang terbesar berbanding aktiviti ekonomi lain dengan nilai RM2.1 trilion dan mencatatkan sumbangan sebanyak 67.3 peratus.
Beliau berkata, sumbangan sektor lain termasuk perlombongan dan akuari sebanyak 17.6 peratus serta pembuatan (11.9 peratus)
Katanya, dari segi aset, sektor struktur merupakan penyumbang utama dengan sumbangan 79.2 peratus, disokong oleh perbelanjaan struktur lain dan bukan kediaman.
“Sektor jentera dan peralatan merupakan penyumbang kedua terbesar dengan 12.3 peratus dan aset lain mencatatkan 8.5 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Uzir berkata, ekoran wabak Covid-19 yang melanda negara dan dunia pada tahun ini, dijangkakan pertumbuhan stok modal negara tahun ini akan terjejas.
“Ini berikutan pengurangan perbelanjaan ke atas pembelian aset tetap disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang turut menjejaskan aktiviti dan operasi syarikat,” katanya. – UTUSAN