Sony PS5 laris, habis terjual di Jepun - Utusan Malaysia

Sony PS5 laris, habis terjual di Jepun

Konsol generasi baharu itu dilancarkan dengan harga AS$500 (RM2067.25) seunit. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Konsol permainan video Sony Corp., Playstation 5 (PS5) habis terjual secara dalam talian di laman peruncitan utama Jepun setelah dilancarkan semalam.

Ia kesan pandemik Co­vid-19 yang me­lonjakkan permintaan untuk permainan vi­deo sejak kawalan pergerakan dilaksanakan di kebanyakan negara.

Sony melancarkan jualan konsol itu secara dalam talian bagi menjaga penjarakan sosial de­ngan nasihat kepada pelanggan supaya “kekal selamat, kekal di rumah dan buat tempahan secara dalam talian”.

Konsol generasi baharu itu dilancarkan dengan harga AS$500 (RM2067.25) dan AS$400 (RM1653.80) untuk konsol tanpa pemacu cakera.

Disebabkan terlalu laris, ada sesetengah laman menganjurkan bidaan untuk menjual stoknya yang terhad.

Dalam laman ‘pasar karat’ Jepun yang dibangunkan Mercari Inc., konsol tersebut dijual pada harga lebih AS$900 (RM3,721.05) seunit.

Permintaan tinggi terhadap konsol yang menawarkan grafik berkualiti tinggi, masa muatan yang lebih cepat dan alat kawalan yang ditunggu ramai itu ditingkatkan lagi oleh pandemik.

Walau bagaimanapun, permintaan tinggi tersebut mencetuskan ‘ketegangan’ kepada rantaian bekalan.

Penganalisis melihat kekurangan konsol sehingga 2021 akan dihadapi Sony dan pesaingnya, Microsoft Corp. yang akan melancarkan peranti Xbox Selasa depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya