Sentimen penerbangan masih berhati-hati - Utusan Malaysia

Sentimen penerbangan masih berhati-hati

Industri penerbangan masih berhati-hati walaupun terdapat berita positif penemuan vaksin Covid-19. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sentimen keseluruhan bagi sektor pe­nerbangan masih berada dalam kedudukan berhati-hati walaupun terdapat berita positif mengenai penemuan vaksin Covid-19.

Keyakinan pemulihan ekonomi terutama melibatkan sektor penerbangan telah membuatkan pelabur beralih kepada sektor penerbangan sekali gus memberi lonjakan kepada saham industri tersebut.

Penganalisis CGS-CIMB, Raymond Yap, masih sukar untuk vaksin berkenaan tersedia de­ngan meluas sehingga perte­ngahan 2021 dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merancang mengagihkan dua bilion dos vaksin menjelang penghujung 2021.

Katanya, ia bagaimanapun hanya mewakili 26 peratus daripada jumlah populasi global berjumlah 7.8 bilion hari ini dan bergantung kepada pembukaan sempadan secara berperingkat.

“Anggaran pendapatan wajar yang kami tetapkan merangkumi andaian pemulihan mungkin berisiko kerana terlalu optimis.

“Sebagai contoh, Singapore Airlines (SIA) baru-baru ini memaklumkan purata penggunaan sekitar 33 peratus daripada kapasiti sebelum pandemik untuk tahun kewangan 2021 berban­ding anggaran semasa kami iaitu 45 peratus bagi tahun kewa­ngan berakhir Mac 2022,” katanya dalam nota kajian.

Saham-saham sektor penerbangan mencatatkan prestasi terbaik dari segi volum daga­ngan selepas berita positif me­ngenai pembangunan pe­nemuan vaksin oleh Pfizer dan BioNTech baru-baru ini.

Saham berprestasi tinggi seperti Airports Corporation of Vietnam (ACV) dan Airports of Thailand (AOT) bagaimanapun menyusut manakala saham berprestasi rendah menunjukkan kebangkitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya