Scan2Fly AirAsia pastikan perjalanan selamat - Utusan Malaysia

Scan2Fly AirAsia pastikan perjalanan selamat

Keputusan itu dilakukan kerana AirAsia India mengalami masalah aliran tunai sehingga menyebabkan tekanan kewangan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AirAsia Berhad terus merevolusikan perjalanan udara untuk menjadikan penerbangan lebih selamat apabila melancarkan Scan2Fly iaitu teknologi terkemuka bagi menentukan kelayakan tetamu untuk terbang sebelum tiba di lapangan terbang.

AirAsia dalam kenyataan memberitahu, sistem yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan syarikat transformasi digital, GrayMatter itu mampu membuat pengesahan masa nyata bagi dokumen kesihatan.

Menurut syarikat penerbangan itu, penumpang kini boleh mengimbas dan memuat naik sijil perubatan semasa proses daftar masuk dalam talian.

Seterusnya, dokumen tersebut akan diproses untuk mengesahkan sama ada penumpang diluluskan untuk terbang oleh pihak berkuasa bertanggungjawab dan memiliki sijil negatif Covid-19 yang sah.

“Sistem ini telah berjaya dilaksanakan GrayMatter dan kini tersedia untuk beberapa buah penerbangan AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke/dari Singapura dan ke/dari Surabaya serta bakal dilancarkan untuk penerbangan ke/dari Jakarta tidak lama lagi.

“Ia dihoskan oleh teknologi pengkomputeran awan dengan sistem ini telah diintegrasikan dan disesuaikan dengan aplikasi mudah alih AirAsia serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan maklumat yang kukuh.

“Dalam masa yang sama, Scan2Fly juga akan diperkenalkan ke destinasi AirAsia yang lain di mana dokumen perjalanan sah diperlukan sebelum membuat perjalanan,” katanya dalam kenyataan itu.

Scan2Fly juga menawarkan kecekapan untuk AirAsia di mana ia mampu mengurangkan interaksi antara kakitangan dan penumpang di lapangan terbang kerana boleh memeriksa status sebelum bertolak ke lapangan terbang.

Setelah dokumen dimuat naik, laporan akan diberikan secara automatik beserta status kelulusan dna akan memaparkan sebab jika tidak lulus.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Javed Malik berkata, inovasi telah menjadi sebahagian DNA AirAsia dengan transformasi digital itu akan meneruskan momentum usaha menjadikan perjalanan dalam norma baharu lebih selamat dan lancar tanpa sentuhan.

“Peningkatan keupayaan digital kami bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah meningkatkan lagi pengalaman perjalanan para tetamu.

“Selain teknologi sedia ada, pelbagai inovasi akan diumumkan tidak lama lagi selari dengan transformasi kami kepada sebuah platform perjalanan dan gaya hidup sehenti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya