SC perkenal rangka kerja dana berciri wakaf - Utusan Malaysia

SC perkenal rangka kerja dana berciri wakaf

Rangka kerja itu akan memperluas rangkaian produk pasaran modal Islam. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperkenal Rangka Kerja Dana Bercirikan Wakaf bagi memudah cara penawaran dana Islam dalam memacu pertumbuhan segmen kewangan sosial Islam.

Rangka kerja itu akan memperluas rangkaian produk pasaran modal Islam yang inovatif dan memberi peluang orang ramai akses kepada dana Islam yang memperuntukkan keseluruhan atau sebahagian daripada pulangan dana ke arah aktiviti yang memberi manfaat sosial melalui wakaf.

“Rangka kerja ini me­rangkumi dana unit ama­nah dan dana borong sedia ada serta yang baru dilancarkan. Ia menetapkan penerima wakaf yang layak dan keperluan penzahiran bagi meningkatkan ketelusan dalam pelaburan yang dilakukan oleh pelabur dan pengagihan wakaf.

“Oleh itu, melalui rangka kerja yang diperkenalkan ini akan menyepadukan objektif komersial dan sosial serta membolehkan pelaburan dimanfaat lebih besar kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut SC, pemba­ngunan wakaf telah dikenal pasti sebagai satu bidang yang berpotensi besar untuk pembangunan sosial, pengagihan manfaat dan kekayaan awam yang lebih besar di bawah Rangka Tindakan Pengurusan Dana dan Kekayaan Islam SC yang dilancarkan pada 2017.

“Sepanjang beberapa tahun yang lalu, SC telah berusaha untuk memudah carakan pembangunan wakaf melalui beberapa inisiatif melalui platform kepimpinan pemikiran, termasuk penganjuran sidang meja bulat industri khusus dengan kerjasama Pusat Pengajian Islam Oxford,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya