Sabiha Gokcen lima paling sibuk di Eropah - Utusan Malaysia

Sabiha Gokcen lima paling sibuk di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (SAW) diiktiraf sebagai lapangan terbang kelima paling sibuk di Eropah oleh Pertubuhan Eropah untuk Keselamatan Navigasi Udara (Eurocontrol).

Lapangan terbang milik penuh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) itu mencatatkan purata 500 penerbangan sehari menjadikannya penyumbang utama pendapatan MAHB tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, pada Oktober lalu, lapangan terbang itu menyumbang 60 peratus daripada keseluruhan penumpang MAHB dengan jumlah 2.6 juta.

“Ini membolehkan syarikat mencapai 22 peratus daripada jumlah penumpang sebelum Covid-19 tahun ke tahun.

“Pemulihan di SAW sebahagian besarnya didorong oleh penerbangan domestik dalam Turki. Penumpang domestik pada Oktober berada pada paras 80 peratus daripada jumlah sebelum Covid-19 tahun ke tahun manakala penumpang antarabangsa 40 peratus tehun ke tahun.

“Pesawat asing terbaharu yang meneruskan operasi di SAW adalah Salam Air dari Muscat dengan kekerapan dua penerbangan seminggu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Walau bagaimanapun, untuk operasi Malaysia, trafik penumpang domestik terus terkesan oleh pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sebanyak 35 syarikat penerbangan kini berope­rasi dari Malaysia ke 31 destinasi di 23 negara.

Pesawat asing terbaharu yang meneruskan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah Nepal Airlines dari Kathmandu dengan kekerapan empat penerbangan seminggu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN