RM1.03 biliion pembiayaan PKS diluluskan - Utusan Malaysia

RM1.03 biliion pembiayaan PKS diluluskan

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,937 permohonan dengan nilai pinjaman sebanyak RM1.03 bilion setakat 13 November lalu telah diluluskan menerusi pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Pada masa yang sama, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, terdapat 478 PKS telah menyerahkan permohonan menerusi pembiayaan sektor pelancongan Penjana.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 208 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM41.8 juta.

Beliau berkata, inisiatif pembiayaan sektor pelancongan Penjana bertujuan menyokong perusahaan mikro dan PKS tempatan dalam sektor pelancongan yang terkesan dengan Covid-19.

“Selain itu, sebanyak RM86.7 juta telah disalurkan di bawah Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS) yang telah membantu 13,042 PKS mikro.

“Pembiayaan mikro kredit Penjana di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan sehingga 13 November lalu, sebanyak RM197.7 juta telah disalurkan kepada 5,570 PKS mikro merangkumi bidang peruncitan dan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Laporan Laksana Ke-30 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin).

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, bagi menyokong industri pertanian dan makanan, sebanyak RM45.2 juta telah disalurkan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank yang memanfaatkan 4,953 PKS mikro pertanian.

“Inisiatif itu diperkenalkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dalam sektor pertanian dan makanan melalui suntikan modal pusingan untuk petani, peladang dan nelayan.

“Daripada jumlah peruntukan sebanyak RM400 juta dan RM350 juta merupakan peruntukan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN