JOHOR BAHRU: Bermula dengan modal permulaan RM300,000, syarikat penyedia dan pembekal rempah terkenal Johor, AMS Sdn. Bhd. kini terus berkembang maju mencecah usia 49 tahun. Diasaskan oleh Mohamad Shariff Abdul Karim, perniagaan berasaskan rempah itu diambil alih anaknya, Abdul Walid Mohamad Shariff, 51, yang kini menerajui jenama rempah AMS peninggalan ayahnya. Menurut Abdul Walid, bermula pada 1969 di Pandan, Johor Bahru, Allahyarham bapanya mula menjalankan proses rempah kari ikan, daging dan briyani kurma dengan semua dilakukan secara manual. Katanya, hasil tangan bapanya dalam membuat rempah hasil akhirnya menjadi buah mulut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya