Proton X50 terima 27,400 tempahan - Utusan Malaysia

Proton X50 terima 27,400 tempahan

PROTON X50 terus mendapat sambutan daripada orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Model terbaharu Proton Holdings Berhad (Proton) iaitu X50 terus me­nerima sambutan hangat daripada rakyat Malaysia apabila memperoleh 27,400 tempahan setakat hujung bulan lalu.

Dalam masa yang sama, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Roslan Abdullah, sebanyak 447 unit telah dihantar kepada pembeli.

Katanya, Proton turut berusaha menyempurnakan penghantaran kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2020.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pe­langgan yang menempah Proton X50.

“Kami sedang berusaha memastikan dapat menyempurnakan penghantaran kenderaan dalam masa tiga bulan terakhir 2020 sambil memastikan produk kami berkualiti tinggi,” katanya dalam kenya­taan semalam.

Proton secara rasminya me­lancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya iaitu X50, Selasa lalu dengan menawarkan harga bermula dari RM79,200.

X50 menawarkan empat varian iaitu 1.5 T Standard pada harga RM79,200; 1.5T Executive (RM84,800); 1.5T Premium (RM93,200) dan 1.5T TGDi Flagship yang dijual pada harga RM103,300. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN