PMB Investment raih Anugerah Syarikat Terbaik - Utusan Malaysia

PMB Investment raih Anugerah Syarikat Terbaik

Marina Ghazali menerima anugerah daripada Editor Pengurusan CSR Malaysia, Lee Sheng Chee di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PMB Investment Berhad dianugerahkan Syarikat Terbaik tahunan dalam mempromosi pendidikan dan literasi pelaburan menerusi Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2020.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, PMB Investment dipilih menerima anugerah tersebut hasil pelaksanaan program #ArifLabur yang bertujuan mendidik masyarakat untuk celik pelaburan dan pengurusan kewangan.

Katanya, program tersebut telah diadakan di seluruh negara terutama berhampiran pejabat wilayah dan negeri PMB Investment di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, peserta #ArifLabur didedahkan mengenai peluang pelaburan yang ada selain meningkatkan kemahiran dalam memilih pelaburan yang sesuai dengan tahap risiko masing-masing.

“Selain itu, mereka turut diberi tips untuk mengenal pasti skim penipuan pelaburan dalam talian agar mewujudkan kesedaran kepada masyarakat awam berkaitan isu scammer yang semakin menjadi-jadi dalam negara.

“Kejayaan syarikat menerima anugerah ini menjadi penyuntik semangat buat kami untuk terus mendidik masyarakat berkaitan ilmu pelaburan dan juga pengurusan kewangan melalui pengalaman kami yang telah berada dalam industri pengurusan saham amanah sejak 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anugerah tersebut telah diterima oleh Ketua Komunikasi Pemasaran Pelaburan Mara yang mewakili PMB Investment, Marina Ghazali.

Anugerah CSR Malaysia adalah majlis penghargaan kepada syarikat-syarikat terkemuka di negara ini yang cemerlang dalam memainkan peranan perubahan dalam transformasi sosioekonomi Malaysia.

Program #ArifLabur yang membawa tema #ElakSengsaraSelepasBersara diangkat bersesuaian dengan berlakunya peningkatan golongan muda muflis di negara ini disebabkan tiada kesedaran pengurusan kewangan.

Selain itu, persediaan wang persaraan yang tidak mencukupi juga menjadi satu daripada faktor mendorong PMB Investment menganjurkan program tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN