Jenama Kepek Ibu bermula dari reruai kecil KUALA LUMPUR: Dua tahun lalu, Mohamad Shafry Mohamad, 31, tidak ada apa-apa ilmu tentang perniagaan. Namun, atas desakan mendapatkan lebih wang untuk sambutan Aidilfitri, dia yang lebih dikenali sebagai Ully cuba untuk berniaga kerepek secara kecil-kecilan. Lokasinya di Institut Jantung Negara (IJN), tempat isterinya bekerja. Dia membuka reruai kecil untuk menjual kerepek ubi sepanjang Ramadan. Ketika itu dia belum serius, hanya mahu mendapatkan wang sampingan. Selesai Ramadan, tanpa disangka-sangka jualan kerepeknya sangat menguntungkan. Untung bersihnya kira-kira RM6,000. Ia sangat mengujakan tetapi belum mampu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya