KUALA LUMPUR: Jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga yang bertambah pulih berbanding -17.1 peratus pada suku kedua 2020, membuatkan indeks penanda aras FBM KLCI terus mencatatkan peningkatan prestasi apabila ditutup hampir 1,600 mata semalam. Dalam masa yang sama, berita baik mengenai vaksin Covid-19 yang dilapor mempunyai 90 peratus keberkesanan untuk ujian klinikal ketiga dan persetujuan kerajaan memanjangkan lagi tempoh moratorium turut menyumbang kepada prestasi positif Bursa Malaysia. Namun begitu, Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Adam Mohamed Rahim menjangkakan FBM KLCI masih kekal berlegar pada tahap antara 1,520…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya