Pelitawanis TNB sumbang 25 mesin dialisis - Utusan Malaysia

Pelitawanis TNB sumbang 25 mesin dialisis

Aidah Abu (kanan) pada majlis penyerahan sumbangan mesin dialisis kepada Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Hulu Terengganu, Dr. Mohamad Yurzi Mat Rani (kiri), baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad (Pelitawanis TNB) menyumbangkan mesin dialisis bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang di hospital dan pusat dialisis seluruh negara.

Sumbangan yang dikumpul daripada syarikat dan individu itu meliputi 25 unit mesin dia­lisis yang mana 24 daripadanya untuk hospital dan pusat dia­lisis di semenanjung Malaysia manakala satu untuk Sabah.

Yang Dipertua Pelitawanis TNB Kebangsaan, Datin Seri Aidah Abu berkata, mesin-mesin tersebut mula diserahkan sejak awal September lalu bermula di Klang, Selangor dan terakhir di Kulim, Kedah.

“Pelitawanis TNB memilih untuk menyumbang mesin dia­lisis kerana memahami jumlah pesakit yang memerlukan rawatan semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

“Usaha ini bertujuan membantu mereka yang kurang berkemampuan, khususnya golongan B40 agar berpeluang menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Aidah, dana sama turut digunakan untuk membantu badan-badan kebajikan lain termasuk Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (Kanwork) yang menerima RM100,000 serta projek dapur terpusat untuk Autism Cafe Project sebanyak RM50,000.

Selain itu, sumbangan sebanyak RM12,000 juga telah diberikan kepada Make A Wish Malaysia bagi memenuhi hasrat kanak-kanak yang menghidapi penyakit leukemia.

“Pada Jun lalu, Pelitawanis TNB berjaya mengumpulkan lebih RM1 juta dana sumba­ngan pengurusan dan warga kerja TNB,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya