Nilai kerja pembinaan melonjak 58.6% - Utusan Malaysia

Nilai kerja pembinaan melonjak 58.6%

Sektor swasta terus memacu pertumbuhan aktiviti pembinaan dengan menyumbang 50.7 peratus nilai kerja pembinaan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nilai kerja pembinaan negara dalam suku ketiga 2020 menunjukkan peningkatan 58.6 peratus bernilai RM31.4 bilion berbanding suku tahun kedua yang mencatatkan RM19.8 bilion. 

Walau bagaimanapun, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bagi perbandingan tahun ke tahun, nilai kerja pembinaan mencatatkan pemulihan -13.1 peratus pada suku ketiga berbanding 44.9 peratus pada suku kedua 2020. 

Menurut Mohd. Uzir, subsektor pertukangan khas merekodkan pertumbuhan 1.6 peratus manakala tiga subsektor lain iaitu bangunan kediaman, kejuruteraan awam dan bangunan bukan kediaman masing-masing menguncup 12, 13.6 dan 16 peratus berbanding suku tahun yang sama pada 2019. 

“Subsektor kejuruteraan awam kekal mendominasi sebagai penyumbang utama nilai kerja pembinaan dengan sumbangan 45.8 peratus. 

“Bangunan kediaman menyumbang 24.5 peratus, bangunan bukan kediaman sebanyak 24 peratus dan aktiviti pertukangan khas pula merekodkan 5.7 peratus,” katanya dalam kenyataan. 

Dalam pada itu, sektor swasta terus memacu pertumbuhan aktiviti pembinaan dengan menyumbang 50.7 peratus nilai kerja pembinaan iaitu sebanyak RM15.9 bilion. 

Pembinaan sektor awam pula menyumbang sebanyak 49.3 peratus nilai kerja pembinaan iaitu sebanyak RM15.5 bilion.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya