Mustapha Pengerusi Agrobank - Utusan Malaysia

Mustapha Pengerusi Agrobank

Mustapha Buang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agrobank mengumumkan pelantikan Datuk Mustapha Buang sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif institusi perbankan tersebut berkuat kuasa 12 November lalu.

Menurut Agrobank, pelantikan Mustapha yang ketika ini berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Asia PAC Holdings Berhad sejak Januari 2001 telah mendapat persetujuan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan.

Agrobank memberitahu, Mustapha memulakan kerjayanya sebagai perancang ekonomi di Johor Economic Development Corporation selepas tamat pengajian pada 1972.

“Beliau kemudiannya menyertai industri kewangan pada tahun 1974 dan memegang jawatan kanan dalam pengurusan syarikat selama 16 tahun.

“Ketika ini, beliau turut menyandang jawatan sebagai pengarah di beberapa syarikat swasta dan merupakan ahli jawatankuasa lembaga pemegang amanah di beberapa pertubuhan bukan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Mustapha yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya meluahkan penghargaan dan berbesar hati menyertai Agrobank dalam fasa penting mengukuhkan jaminan bekalan makanan negara.

“Pandemik Covid-19 telah memberi penekanan tentang pentingnya kelestarian makanan dan masa depan makanan kita dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) diharap dapat memperbaharui dorongan ke arah mempromosikan industri pertanian dan membawa Malaysia ke tahap seterusnya dalam memastikan kelestarian keselamatan serta jaminan bekalan makanan.

“Agrobank kini berada di posisi terbaik menyokong inisiatif penting kerajaan merealisasikan agenda jaminan bekalan makanan.

“Saya berasa teruja untuk bekerjasama dengan ahli Lembaga Pengarah dan pasukan kerja di Agrobank yang dedikasi untuk memberikan akses kewangan lebih baik menerusi misi kami menyediakan rangkaian pembiayaan sepenuhnya kepada sektor pertanian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya