Moratorium: Golongan terkesan masih dapat bantuan - Utusan Malaysia

Moratorium: Golongan terkesan masih dapat bantuan

Nor Shamsiah Mohd. Yunus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus menegaskan, kerajaan masih membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 melalui Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar.

Beliau menolak salah faham tentang bantuan tersebut kerana ada yang menganggap apabila moratorium secara automatik ditamatkan, mereka yang terkesan tidak lagi menerima bantuan pembayaran balik pinjaman.

“Bantuan untuk semua yang terkesan dengan pandemik masih diberikan, termasuk lanjutan moratorium bayaran balik pinjaman,” katanya dalam taklimat bersama pengarang kanan media secara dalam talian semalam.

Menurut Nor Shamsiah, pertarungan melawan virus Covid-19 adalah seperti larian maraton yang mana sumber tidak boleh digunakan secara banyak serta-merta kerana tempoh pertarungan larian itu masih panjang.

Namun, kata beliau, ini tidak bermakna tindakan kerajaan melaksanakan moratorium secara automatik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula April lalu adalah satu kesilapan.

“Ia adalah tindakan tepat ketika itu. Ketika PKP, adalah tepat untuk kerajaan memberikan bantuan segera dalam bentuk moratorium menyeluruh untuk semua isi rumah dan peminjam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Apabila ekonomi menyusut hampir 30 peratus, anda perlu laksanakan polisi yang boleh meminimumkan kesan kekal kepada ekonomi,” katanya.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku ketiga diumumkan menyusut 2.7 peratus hari ini.

Ia penyusutan yang jauh lebih rendah berbanding penyusutan ketara pada 17.1 peratus pada suku kedua. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya