Minyak mentah cecah AS$40 satu tong - Utusan Malaysia

Minyak mentah cecah AS$40 satu tong

Harga minyak mentah kembali meningkat seiring dengan pasaran kewangan global yang beransur kukuh selepas pemilihan presiden Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Harga minyak mentah mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus semalam dengan niaga hadapan Brent melebihi AS$40 (RM164.48) setong selepas Joe Biden disahkan memenangi Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS).

Dalam masa yang sama, lonjakan risiko turut berjaya mengimbangi kebimbangan mengenai kesan pandemik Co­vid-19 yang semakin buruk terhadap permintaan bahan api.

Niaga hadapan minyak mentah Brent bagi Januari naik 82 sen atau 2.1 peratus kepada AS$40.27 (RM165.59) setong sementara minyak mentah AS West Texas Intermediate bagi Disember berada pada kadar AS$37.98 (RM156.17) setong, naik 84 sen atau 2.3 peratus.

Harga minyak mentah yang mengalami penurunan empat peratus sebelum ini, kembali meningkat seiring dengan pasaran kewangan lain selepas Biden disahkan sebagai Presiden AS baharu, Ahad lalu.

“Perdagangan pagi ini mencerminkan peningkatan keyakinan bahawa Biden akan menguasai Rumah Putih tetapi Parti Republikan akan terus mempertahankan penguasaan Senat.

“Hasilnya sangat ideal daripada sudut pandangan pasaran. Kedua-dua pihak tidak mengawal Kongres, jadi perang dagangan dan cukai lebih tinggi akan menjadi sebahagian besar agenda (AS),” kata Ketua Strategi Pasaran CMC Markets, Michael McCarthy.

McCarthy menambah, tum­puan pelabur cenderung beralih kepada kes wabak Covid-19 baharu selepas Pilihan Raya AS tamat.

Bakal Presiden AS, Biden dan pasukannya berusaha menangani krisis kesihatan yang semakin teruk dengan AS menjadi negara pertama di dunia melebihi 10 juta jangkitan Co­vid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya