MDEC,TM bekerjasama terajui ekonomi digital - Utusan Malaysia

MDEC,TM bekerjasama terajui ekonomi digital

TM terpaksa mematikan bekalan elektrik dan peralatan rangkaian di beberapa kawasan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan penduduk di situ serta mengurangkan sebarang potensi risiko. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Telekom Malaysia (TM) bekerjasama dalam usaha mengukuhkan kesediaan digital Malaysia ke arah merealisasikan aspirasi Negara Digital.

Pengerusi TM, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh berkata, pihaknya bersama MDEC akan mengenal pasti persamaan antara kedua-dua agensi tersebut bagi melaksanakan inisiatif terbaik ke arah membina asas yang kukuh bagi ekonomi digital negara.

“Apa yang TM boleh bawakan kepada kolaborasi ini adalah infrastruktur kami yang lengkap dan keupayaan kami untuk menjangkau bukan sahaja kepada para pelanggan, malah lebih ramai rakyat Malaysia melalui pelbagai pusat hubungan dan platform-platform interaksi.

“Sebagai penyedia infrastruktur sambungan dan digital negara, kami sentiasa dan akan terus menyokong aspirasi kerajaan serta meluaskan capaian sambungan digital kepada semua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerjasama tersebut merangkumi empat bidang utama, iaitu untuk memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana secara digital, merancakkan ekonomi digital luar bandar, memperkasa rakyat Malaysia dengan kemahiran-kemahiran digital serta memanfaatkan kelebihan kedua-dua pihak dalam melaksanakan program-program sokongan digital.

Sementara itu, Pengerusi MDEC, Datuk Dr. Rais Hussin berkata, kolaborasi tersebut akan melengkapkan agenda Malaysia 5.0 yang menjadi naratif baharu bagi memperkenalkan teknologi-teknologi baharu yang akan fokus kepada pemacuan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

“Lebih utama, usaha bersama MDEC danTM ini penting kepada ekonomi digital Malaysia 5.0 yang akan membenarkan akses dan sambungan lebih meluas yang akan membolehkan negara merealisasikan potensi penuh yang Revolusi Perindustrian Keempat (RI4) boleh berikan kepada ekonomi.

“Ini membuktikan kami tekad untuk menjayakan agenda ekonomi digital buat semua dan menjadikan Malaysia sebagai nadi digital Asia Tenggara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya