MDC Asia buka cawangan ke-9 klinik gigi - Utusan Malaysia

MDC Asia buka cawangan ke-9 klinik gigi

Ketua Pengarah Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ahmad Khusairi Bani Hashim Al Haj (dua dari kiri) merasmikan Klinik Pergigian MyDental Care di Sunway Giza, Petaling Jaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peneraju perkhidmatan perubatan halal dan patuh syariah swasta, MDC Asia Link Berhad (MDC Asia) membuka satu lagi cawangan klinik pergigian, MyDental Care di Sunway Giza, Damansara di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif MDC Asia, Dr. Aslan Bacho berkata, klinik pergigian cawangan kesembilan itu dijangka beroperasi pada bulan hadapan dan berkonsepkan mesra kanak-kanak.

“Semua golongan boleh melakukan rawatan di klinik ini dan kita memilih konsep mesra kanak-kanak kerana hasil kajian mendapati 80 peratus daripada kanak-kanak mempunyai pengalaman kurang menyenangkan untuk berada di klinik pergigian.

“Oleh demikian, kita hendak mengelakkan kanak-kanak mempunyai perasaan seperti itu dan mahu mereka berasa gembira untuk melakukan rawatan. Sebagai promosi pengenalan kita akan ada menyediakan beberapa tawaran antaranya konsultasi percuma yang biasanya harga antara RM80 hingga RM120,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pada itu, Dr. Aslan berkata, walaupun negara dilanda Covod-19, pihaknya optimis untuk meneruskan perniagaan dengan membuka cawangan baharu.

“Bagi saya, dalam bidang kesihatan, industri ini tidak terjejas teruk kerana setiap individu memerlukan rawatan sekiranya mereka tidak sihat termasuk rawatan pergigian.

“Contohnya, jika mereka sakit gigi, daya tahan seseorang tidak lama dan memerlukan datang ke klinik untuk menerima rawatan. Bagaimanapun, sepanjang Covid-19 ini, kita akan memastikan klinik sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan antaranya hanya dibenarkan ibu atau bapa sahaja bersama pesakit,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau yang menyasarkan untuk membuka 99 cawangan klinik perubatan, pergigian, pusat kesihatan dan farmasi berkata, pihaknya akan mengadakan satu modul khas selama tiga bulan untuk doktor pergigian pada bulan hadapan.

“Hasil pemantauan kita mendapati ramai doktor pergigian tidak mempunyai keberanian untuk membuka klinik sendiri walaupun mereka berkemampuan.

“Modul ini dilengkapi dengan maklumat dan teknologi terkini yang mungkin golongan terbabit tidak mempraktiskannya. Dengan adanya modul ini, doktor-doktor gigi ini lebih berani untuk menjalankan perniagaan dengan membuka klinik sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya