Keyakinan pengguna AS menurun, harga rumah melonjak - Utusan Malaysia

Keyakinan pengguna AS menurun, harga rumah melonjak

Pasaran hartanah di Amerika Syarikat terus berkembang berikutan migrasi penduduk akibat penularan pandemik Covid-19. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) jatuh lebih dari jangkaan pada November ketika negara itu mencatatkan semula peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 dan sekatan perniagaan masih berkuat kuasa.

Tinjauan oleh Lembaga Persidangan kelmarin diikuti beberapa laporan bulan ini menunjukkan pertumbuhan pekerjaan dan jualan runcit yang sederhana bulan lalu.

Jumlah mereka yang mengisi borang tuntutan faedah pengangguran juga meningkat pada pertengahan November.

Ekonomi semakin perlahan setelah lebih AS$3 trilion (RM12.26 trilion) dibelanjakan kerajaan untuk bantuan Covid-19.

Pakej rangsangan fiskal tersebut membantu jutaan rakyat AS yang menganggur untuk memenuhi perbelanjaan harian serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya terus menggaji pekerja, membawa kepada pertumbuhan ekonomi terbesar pada suku ketiga.

Walau bagaimanapun, pakej bantuan seterusnya hanya dijangka tiba selepas Joe Biden mengangkat sumpah Presiden pada Januari.
Indeks keyakinan pengguna jatuh kepada 96.1 mata bulan ini, daripada 101.4 mata pada Oktober. Pada Februari, indeks tersebut mencatat 132.6 mata.

Namun, tinjauan tersebut berakhir pada 13 November, sebelum laporan-laporan positif tentang vaksin muncul.

Pengarah Kanan Indikator Ekonomi Lembaga Persidangan, Lynn Franco berkata, pengguna tidak melihat ekonomi atau pasaran buruh lebih kukuh pada 2021.

“Tambahan lagi, peningkatan semula kes Covid-19 menambahkan ketidaktentuan dan membangkitkan kerisauan terhadap unjuran itu,” katanya.

Sementara itu, pasaran hartanah pula semakin berkembang apabila pandemik meningkatkan migrasi penduduk bandar ke pinggir bandar dan kawasan berkepadatan rendah.

Laporan berasingan menunjukkan indeks harga kawasan perumahan metro 20 S&P CoreLogic Case-Shiller melonjak 6.6 peratus berbanding September tahun lalu, selepas ia meningkat 5.3 peratus pada Ogos. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya