Keuntungan S3 Petronas Dagangan melonjak - Utusan Malaysia

Keuntungan S3 Petronas Dagangan melonjak

Petronas menyatakan, ia secara konsisten mengekalkan dasar kewangan konservatif, disiplin modal yang ketat dan memberi keutamaan kepada pengoptimuman kos. –GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keuntungan Petronas Dagangan Berhad (PDB) bagi suku ketiga (S3) tahun ini melonjak kepada RM212.67 juta berbanding RM3.51 juta pada suku sebelumnya.

Dalam masa yang sama, perolehan syarikat tersebut juga meningkat kepada RM4.83 bilion dalam tempoh antara Julai hingga September tahun ini berbanding RM2.93 bilion pada suku berakhir 30 Jun 2020.

Prestasi yang dicatatkan PDB itu adalah lebih baik sejak Mac 2020 dengan volum jualan naik 34 peratus berbanding suku sebelumnya didorong oleh volum mogas dan diesel yang tinggi apabila aktiviti seluruh negara menokok berperingkat daripada sekatan pergerakan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, kedudukan kewangan syarikat mungkin akan terkesan dalam suku keempat tahun ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri seluruh negara.

“Asas kami tetap kukuh dengan terus memperluas penawaran untuk memenuhi permintaan dalam norma baharu terutama melaksanakan tanggungjawab membantu perniagaan tempatan yang dilanda badai akibat Covid-19.

“Kedua-dua kempen Makan@Mesra dan LoveLocal adalah platform yang dapat mempromosikan pembelian produk tempatan yang berkualiti di kedai kami.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami yang telah memberikan sokongan kepada Petronas kerana secara tidak langsung membantu pembekal tempatan dan mengukuhkan ekonomi domestik,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya